Perkhidmatan
Penutupan PLT
Mengikut Prosedur
LHDN & SSM
Kami bantu pemilik PLT menutup PLT secara rasmi bermula dengan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) LHDN sehingga selesai sepenuhnya di SSM.
PLT Tidak Akan Tertutup
Dengan Sendirinya.
PLT yang sudah berhenti beroperasi tidak akan tertutup secara automatik. Selagi penutupan rasmi tidak dibuat, PLT masih dianggap aktif oleh LHDN dan SSM.
Ramai hanya sedar apabila penalti mula dikenakan.
Status Pendaftaran:
Aktif / Beroperasi
Perlu hantar Annual Declaration (AD) setiap tahun
Status Fail Cukai:
Wajib Lapor Cukai
Perlu hantar Form PT & Form E setiap tahun
Masalah Yang Selalu Dihadapi Pemilik PLT
Adakah anda menghadapi situasi ini?
PLT dah lama tidak aktif
PLT dah lama tak aktif, tapi masih belum ditutup.
Form PT tertunggak
Form PT tertunggak sejak awal penubuhan.
Form E belum lengkap
Form E belum lengkap walaupun tiada pekerja.
Tak pasti urutan proses
Tak pasti urus LHDN atau SSM dahulu.
Risau permohonan ditolak
Risau permohonan penutupan ditolak.
Salah langkah boleh melambatkan proses!
Penutupan PLT perlu ikut turutan yang betul.
Kami Fokus Satu Perkara –
Tutup PLT Dengan Betul
tutupplt.my diwujudkan khas untuk penutupan PLT secara rasmi. Kami fokus satu perkara supaya proses lebih jelas, teratur dan tepat.
-
Bukan proses cuba-cuba
-
Proses yang kami urus secara konsisten
1. JELAS
Tiada servis lain yang mengelirukan proses.
2. TERATUR
Proses mengikut urutan rasmi.
3. TEPAT
Mengikut prosedur LHDN & SSM.
Proses Rasmi Penutupan PLT
Selesaikan Urusan LHDN
Pastikan Form PT & Form E lengkap. Mohon Surat Penyelesaian Cukai (SPC) daripada LHDN.
Iklan Notis Penutupan
Iklankan notis penutupan PLT melalui Portal E-Advertisement SSM. Tempoh iklan mesti dipatuhi.
Permohonan Penutupan
Hantar permohonan melalui Borang VWU101 berserta SPC. Dokumen tidak lengkap boleh menyebabkan penolakan.
Lengkapkan Proses
Hantar Borang VWU107 selepas kelulusan. Status PLT dikemas kini di sistem SSM.
Proses 4 Langkah Yang Perlu Dibuat
Kami bantu setiap langkah supaya proses ikut turutan yang betul dan tidak ditolak.
Berapa Lama Proses Penutupan PLT?
Kelulusan LHDN (SPC)
Anggaran Masa
1 Bulan – 4 Bulan
Tempoh bergantung kepada rekod pematuhan cukai PLT dan kelengkapan dokumen.
PLT dengan rekod cukai bersih biasanya lebih cepat diluluskan.
Kelulusan SSM
Anggaran Masa
3 – 4 Minggu
Kebiasaannya mengambil masa sekitar 3-4 minggu selepas dokumen lengkap dihantar ke SSM. Proses ini termasuk tempoh iklan notis penutupan (Warta).
Tempoh boleh berbeza jika ada bantahan rasmi daripada pihak ketiga.
Anggaran Sebenar
Anggaran sebenar hanya boleh ditentukan selepas semakan awal dokumen PLT dibuat.
Dokumen Yang Kami Uruskan
Bukti hitam putih penutupan rasmi
Surat Penyelesaian Cukai (SPC)
Kelulusan LHDN
Borang VWU 101
Notis Niat Menutup PLT
Sijil VWU 107
Notis Pembubaran Muktamad
Nota Penting
Dokumen dipaparkan untuk tujuan penerangan sahaja dan bukan template. Setiap dokumen akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa masing-masing selepas proses permohonan selesai.
Soalan Lazim
Ada soalan lain?
Setiap PLT ada isunya tersendiri. Terus tanya kami untuk jawapan yang lebih cepat & tepat.
Tanya Kami di WhatsappNak Tutup PLT Dengan Cara Yang Betul?
Setiap PLT ada situasi berbeza. Semak dahulu kes anda supaya langkah yang diambil tepat dari awal.
Semakan awal tanpa komitmen